Tuesday, March 5, 2013

teknik pemasaran melalui media

PEMASARAN MELALUI FACEBOOK

Salah satu teknik pemasaran produk melalui internet yang sedang popular sekarang adalah dengan menggunakan pendekatan Sosial Networking Facebook. Saya pasti ramai di sini yang mempunyai akaun Facebook untuk kegunakan berhubung dengan rakan yang lain.
Mengikut carta Alexa, Facebook berjaya menduduki tempat ke-2 carta website yang mempunyai populariti dan traffic yang banyak setiap hari. Ini bermakna Facebook dikerumuni dan menjadi tumpuan ramai dan tujuan utama mereka adalah mencari rakan serta bersocial secara online.
Jadi ia juga merupakan satu tempat yang sesuai untuk para peniaga melebarkan sayap memperkembangkan produk dan perkhidmatan mereka dengan menggunakan medium Facebook.
Jadi bagaimanakah cara yang sebenar untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda di Facebook?
Sebelum memasarkan produk serta perkhidmatan anda di Facebook, saya sarankan terlebih dahulu anda memahami akan fungsi, persekitaran serta “people” di dalam Facebook itu sendiri. Cuba anda lihat gambarajah di bawah dan fahami secara ringkas akan aktiviti yang berlaku di dalam Facebook.

(click pada gambar untuk perbesarkan).
Dari situ barulah anda boleh membuat beberapa rumusan penting sebelum memasarkan produk @ perkhidmatan anda. Dan dari situ jugalah kita dapat mendekati potential customer (pelanggan yang berpotensi) dengan menggunakan kaedah pemasaran yang optimum dan tidak membazirkan duit anda semata-mata untuk ber”campaign”.
Cara Pemasaran Facebook #1 : Mewujudkan profile menarik.
Cara #1 ini, anda perlu sediakan satu profile atau akaun khas dan menarik agar dengan jelas ia menggambarkan apa yang cuba anda sampaikan. Terapkan gaya pemasaran yang sistematik dan tidak berunsurkan spam atau membabi buta. Dengan mempunyai profile yang lengkap dengan info, gambar, networking rakan yang targeted, boleh membuatkan anda mencapai pelanggan-pelanggan berpotensi dengan lebih cepat lagi.
Setiap perkongsian link, gambar dan announcement yang dibuat dengan ikhlas akan memberi reflaction kepada  produk @ perkhidmatan anda. Jadi gunakan ia dengan elok.
Cara Pemasaran Facebook #2 : Melalui Perkongsian Gambar dan Sistem Tagging.
Di dalam account @ profile kita, kita dibenarkan untuk berkongsi gambar dan sekaligus membuat tagging terhadap user lain. Dengan berbuat sedemikian, user tersebut akan alert kerana mereka akan mendapat 1 email yang menyatakan mereka di tagging oleh seseorang.
Jika anda menggunakan fungsi ini dengan betul dan berstrategy, nescaya anda boleh memperkenalkan produk @ perkhidmatan anda kepada mereka dengan baik. :)
Cara Pemasaran Facebook #3: Melalui Aplikasi.
Jika anda pandai dalam mencipta aplikasi di dalam Facebook, maka ia menjadi satu kelebihan kepada anda. Ini kerana anda boleh mengekspoitasi kegunaan aplikasi tersebut untuk mengumpul potential lead melalui sistem autoresponder anda disamping menghiburkan rakan melalui aplikasi yang anda wujudkan.
Cara Pemasaran Facebook #4: Melalui Group.
Anda juga boleh mewujudkan satu group khas bagi produk @ perkhidmatan anda. Anda boleh membuat offer dan sebagainya di sini kerana bila ada yang menjadi ahli group anda, ia menandakan produk anda mempunyai follower dan berpotensi untuk dijual.
Cara Pemasaran Facebook #5: Melalui Fun Page.
Anda juga boleh mewujudkan Fun Page bagi produk @ perkhidmatan anda. Ia seolah-olah seperti “Fun Club”. Dari situ anda boleh berkongsikan segala aktiviti yang sedang dan telah anda jalankan bagi produk anda.

Cara Pemasaran Facebook #6: Melalui Link, image dan video Announcement.

Anda boleh menggunakan fungsi link, image dan video announcement yang terdapat di account anda untuk menyebarkan lagi maklumat tentang produk @ perkhidmatan anda.
p/s: satu tip dari saya, jika anda mempunyai pengaruh rakan yang kuat, anda boleh mengupah mereka untuk menyebarkan maklumat produk @ perkhidmatan anda melalui link, image an video announcement yang terdapat di akaun mereka.

Cara Pemasaran Facebook #7: Melalui Program Pengiklanan Facebook.

Cara yang terakhir ini memerlukan kos atau modal yang agak tinggi bersesuaian dengan berapa lama anda hendak advertise produk anda tadi. Makin lama anda mahu ia diexpose, maka makin tinggi modal pengiklanan yang diperlukan.
Dengan pendedahan 7 Cara pemasaran melalui Facebook ini, saya berharap sedikit sebanyak dapat memberi anda idea dalam memperkembangkan produk dan perkhidmatan melalui Facebook

 PEMASARAN MELALUI ARTIKEL




Pemasaran melalui artikel adalah salah satu teknik pemasaran yang sangat popular untuk mendapatkan traffic dan visitor yang berkualiti.
Pelbagai cara pemasaran artikel dilakukan oleh internet-internet marketer antaranya dengan menghantar artikel mereka kepada sosial bookmarking, digg, ezine directory dan pelbagai tempat lagi.
Pada kali ini saya ingin mengetengahkan salah satu tempat untuk membuat pemasaran artikel yakni melalui laman web Scribd.

http://www.scribd.com
Scribd merupakan laman web yang membolehkan penggunanya berkongsikan file format .pdf
Di sini ramai pengunjung websitenya memang menumpukan pada carian file-file berbentuk ilmiah dan rujukan dan kesemuanya dalam bentuk .pdf
Jadi bagi kita yang dahagakan traffic, maka ini merupakan salah satu peluang yang besar untuk “mendivertkan” traffic sedia ada dia Scribd ke website kita.
Tetapi bagaimana caranya untuk divertkan traffic dari Scribd kepada website kita?
Seperti yang saya katakan tadi, laman web Scribd merupakan laman web di mana anda boleh berkongsikan file-file berformat .pdf, jadi apa yang anda perlu lakukan adalah meng-upload beberapa topik artikel yang anda inginkan ke dalam Scribd.
Tetapi sebelum itu pastikan di dalam artikel tersebut anda telah letakkan url website anda sebelum diconvert ke dalam format pdf. Anda juga boleh gunakan teknik anchor text dan letakkan di dalam artikel anda sebelum anda convertkan artikel tersebut kepada bentuk pdf. :)
Selain meng-upload artikel ke dalam laman web Scribd, anda juga boleh meninggalkan url website anda dengan membuat comment pada artikel orang lain, tetapi pastikan anda tidak membuat spam. Gunakannya secara berhemah.
Jika anda gunakan laman Scribd secara optimal dan pandai memanipulasikan laman web ini untuk mendapatkan traffic, maka saya yakin anda boleh gunakan traffic ini kelak untuk dimonetisekan dengan pelbagai method samada CPA, menjual produk, affiliate, Google Adsense dan juga pelbagai lagi. Maka selamat mencuba!

Adakah Anda Mempunyai Teknik Pemasaran Berkesan?

 
`Teknik pemasaran yang berkesan ialah perkara paling penting di dalam perniagaan. Tanpa teknik yang berkesan, tidak kira betapa hebatnya produk, tidak ramai orang akan mengetahui tentang kewujudan produk itu. Banyak produk di luar sana mati kerana tidak mempunyai teknik yang betul.

Jadi bagaimanakah untuk mengetahui sama ada sesuatu teknik itu berkesan ataupun tidak?
Mudah.
Dengan hanya melakukan percubaan demi percubaan.
teknik (téknik) 1. pengetahuan yg berkaitan dgn pembuatan barang-barang hasil industri (spt jentera, kenderaan, bangunan, dll): kita sekarang hidup dlm zaman ~ dan sains; 2. kaedah mencipta sesuatu hasil seni (muzik, karang-mengarang, dll): ~ melukis sedikit sahaja diajar di sekolah rendah.

Pemasaran perihal atau perbuatan memasarkan: rancangan ~ utk pekebun-pekebun kecil; Lembaga P~ Pertanian Persekutuan badan yg membantu (menguruskan dll) penjualan hasil-hasil pertanian.
Kalau anda tahu teknik untuk memasarkan produk dengan baik, anda boleh mendapatkan jualan yang banyak. Dan apabila anda buat dengan betul, anda bukan sahaja satu atau dua langkah di hadapan pesaing anda, tetapi anda 50 langkah lebih jauh dari mereka! Yep, tak mustahil dan boleh berlaku kalau anda rajin berusaha.
OK. Jadi… kalau anda nak buat promo produk hebat-hebat, apa yang perlu anda buat?
Ikut trend. Sekarang trend ialah menggunakan Facebook. Jadi anda buat apa yang patut anda buat: guna Facebook untuk promo produk. Sebagai contoh anda boleh membuat fan page di dalam Facebook. Kemudian, anda boleh mengajak rakan-rakan anda untuk ‘like’ page tersebut.
Itu sahaja tidak cukup. Anda perlu melakukan kempen untuk memastikan lebih ramai orang like page anda. Mungkin anda boleh membuat info dalam bentuk gambar (infografik) supaya orang menyukai fan page anda. Ramai orang menggunakan teknik infografik dengan berkesan. Sekarang, anda juga ada satu laman web baru bernama Pinterest di mana anda boleh “pin” kan maklumat atau grafik yang anda suka di laman web tu (dan orang lain boleh tengok pin itu).
Cuba guna dan cuba buat networking di sana. Mungkin anda boleh berjaya di sana? ;)
Jika anda nampak fan page yang pelik-pelik tu, mereka berjaya kerana mereka menggunakan teknik ini! Tapi ingat, tidak semua peminat ialah pembeli jadi anda perlu pastikan infografik anda tidak terlalu jauh menyimpang daripada produk anda kerana kita mahu orang yang berminat dengan produk itu sahaja yang like. Orang yang takkan beli kalau like pun, takkan beli.
Itu salah satu teknik pemasaran yang berkesan. Anda boleh mengumpulkan teknik-teknik ini dalam satu strategi pemasaran yang hiper-efektif. Semoga kita jumpa lagi pada masa akan datang :)

7 Teknik Pemasaran Internet Berkesan

Pemasaran adalah ibarat nadi atau jantung sesebuah perniagaan.Tanpa teknik atau strategi pemasaran yang berkesan, seseorang usahawan itu berkemungkinan besar menghadapi kesukaran untuk bersaing dengan para usahawan yang lain dan ini akan....
 Strategi Pemasaran Berkesan
Strategi Pemasaran Berkesan
PRLog (Press Release) - Oct. 30, 2009 - Pemasaran adalah ibarat nadi atau jantung sesebuah perniagaan.Tanpa teknik atau strategi pemasaran yang berkesan, seseorang usahawan itu berkemungkinan besar menghadapi kesukaran untuk bersaing dengan para usahawan yang lain dan ini akan menyebabkan usahawan berkenaan terpaksa ‘gulung tikar’ sekiranya perkara tersebut berlanjutan.7 teknik pemasaran internet ini boleh diguna pakai dan sememangnya berkesan sekiranya dipraktikkan dengan betul.Teknik -teknik ini telah diakui keberkesanannya oleh kebanyakkan usahawan-usahawan berjaya yang telah lama berkecimpung di dalam bidang perniagaan internet ini.

1. Pemasaran Forum

Forum adalah tempat yang sesuai untuk anda membina nama ataupun ‘jenama’ anda.Berikan sesuatu maklumat yang berharga dan percuma kepada ahli forum.Dengan cara yang demikian, anda akan ‘dipandang’
dan ‘kewujudan’ anda disedari oleh ahli-ahli forum yang lain.Ini secara tidak langsung dapat membina reputasi anda dalam niche yang anda pilih.Letakkan link anda pada ruangan signature.Elakkan dari terlibat dengan sebarang pergaduhan atau perbalahan.Anda ke forum adalah untuk mempromosikan perniagaan anda dan bukannnya untuk bergaduh.

2. Pemasaran Social (Laman Social Networking)

Pemasaran sosial ni lebih kurang sama saje dengan pemasaran forum.Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pemasaran sosial, sila baca artikel saya yang bertajuk Usahawan Internet & Laman Social Networking.

3. Pemasaran Blog

Blog merupakan satu medium yang patut dimanfaatkan untuk menarik trafik ke laman web jualan anda.Dinasihatkan supaya anda menggunakan blog berbayar iaitu blog yang dihostkan di domain anda sendiri.Ini akan meningkatkan tahap ‘percaya’ pelawat/pembaca yang datang ke blog anda untuk mendapatkan produk/perkhidmatan anda.

4. Pemasaran Artikel

Merupakan satu cara yang popular untuk menjana back link daripada laman-laman web yang berkualiti/bertrafik tinggi.Lebih banyak artikel anda menerima pendedahan di dunia online maka akan lebih banyaklah perhatian/trafik yang akan anda terima sekaligus bakal mendapatkan hasil jualan untuk anda.

5. Pemasaran Video

Kini video telah menjadi trend untuk memasarkan info secara online.Ini kerana video adalah fleksible dan boleh menarik perhatian orang untuk menontonnya.Masukkan URL  laman yang anda promosikan di awal dan akhir video tersebut.Sesiapa pun yang menonton video berkenaan, dengan mudah dan cepat akan dapat mencari link untuk mendapatkan informasi lanjut.

6. Pemasaran Email

Ia memerlukan anda untuk membina squeeze page dan meletakkan borang opt-in untuk mendapatkan alamat email subsciber.Contoh squeeze page yang biasa anda lihat adalah anda akan mendapat produk/software percuma sekiranya anda meletakkan nama & alamat email anda pada borang opt-in.Autoresponder diperlukan untuk membolehkan anda menghantar respond kepada orang yang mengisi maklumat pada borang opt-in tersebut dan menghantarnya secara automatik.Autoresponder juga digunakan untuk menghantar sebarang email promosi kepada senarai subscriber anda dengan sekali klik sahaja.

7. Pemasaran Viral

Buatlah satu ebook percuma dan letakkan pada squeeze page anda.Di dalam ebook tersebut selitkan link-link laman web jualan dan juga blog anda atau apa-apa saje link (link-link affiliate anda) yang berkaitan dengan isi kandungan ebook.Benarkan subcriber anda untuk mengedarkan ebook berkenaan secara percuma tetapi dengan syarat…isi kandungan ebook tidak boleh diubah.Maka di sini link-link anda yang terdapat di dalam ebook terbabit akan tersebar dari tangan ke tangan.

Sebenarnya terdapat banyak lagi teknik dan juga strategi pemasaran internet yang berkesan boleh anda gunakan.Tetapi di sini saya hanya menunjukkan 7 teknik pemasaran internet saje yang terbukti keberkesanannya untuk dikongsikan bersama dengan anda.

Terima Kasih & Salam Kejayaan..!

Teknik dan Strategi Pemasaran

TEKNIK DAN STRATEGI  PEMASARAN
 TINJAUAN UMUM
 Setelah mempelajari modul ini pesra dapat memahami teknik dan strategi pemasaran, dimana teknik dan strategi pemasaran, dimana teknik dan strateginya menjadi acuan pengusaha dalam berusaha.
 TINJAUAN KHUSUS
1. Menjelaskan tujuan dan teknik strtegi pemasaran.
2. Menjelaskan prinsip pemasaran.
3. Menjelaskan kegiatan pemasaran.
4. Memahami perencanaan  pemasaran.
5. Memahami kiat  pemasaran.

PEMAHAMAN PEMASARAN
Pemasaran adalah kegiatan meneliti kebutuhan dan keinginan konsumen    ( probe ), menghasilkan barang dan jasa sesuai dengan kebutuhan dan keinginan konsumen ( product ), menentukan tingkat harga ( price ), mempromosikannya agar produk dikenal kosumen   ( Promotion ), mendistribusikan produk ketempat konsumen ( place )

A. Perencanaan Pemasaran
    Beberapa langkah dalam merencanakan pemasaran bagi usaha baru, yaitu :
  1. Penentuan Kebutuhan dan Keinginan Pelanggan
  2. Memilih Pasar Sasaran Khusus ( special target market )
  3. Menempatkan Starategi Pemasaran dalam Persaingan
  4. Pemilihan Strategi Pemasaran
B. Strategi Pemasaran
 1.    Penelitian dan Pengembangan Pasar ( Probe )
Keunggulan bersaing perusahaan baru terletak pada perbedaan       (  diferinsiasi ) perusahaan tersebut dengan pesaingnya
 2.      Produk ( Product )
1)    Tahap Pengembangan
2)      Tahap Pengenalan
3)    Tahap Pertumbuhan Penjualan
4)    Tahap Kematangan.
5)    Tahap Kejenuhan
6)    Tahap Penurunan
3 Tempat ( Place )
Tempat    yang menarik bagi konsumen adalah tempat yang paling strategis, menyenangkan dan efisien.
 4. Harga ( Price )
Beberapa cara yang dapat dilakukan untuk memberikan harga yang menarik bagi konsumen.
Strategi Pemasaran : Bagi Usaha Baru
Penetrasi Pasar adalah startegi pemasaran untuk meningkatkan jumlah penjualan barang- barang dan jasa- jasa yang sudah ada dengan memperbesar usaha- usaha penjualan dan  penjualan.
Staretegi  Pengembangan Pasar mencoba meningkatkan penjualan dengan memperkenalkan produk barang dan jasa yang ada kepada pasar baru.
Strategi Pengembangan Produk mencoba meningkatkan penjualan dengan memeperkenalkan produk dan jasa baru kepada pasar yang sudah ada.
Segmentasi Pasar merupakan strategi pemasaran yang sanagt terkenal bagi usaha yang baru.
5.  Promosi
Promosi merupakan cara berkomunikasi kan barang- barang dan jasa yang akan ditawarkan supaya konsumen mengenal dan membeli

C. KIAT  PEMASARAN : Bagi Usaha Baru
1)      Cari Peluang Pasar, Langkah yang dilakukan untuk melihat ada atau tidak adanya peluang pasar yang dituju.
2) Tempat yang Tepat, Cari tempat memasarkan barang yang cocok.
3) Banyaknya barang yang dibutuhkan
4) Tentukan target apa yang hendak kita capai


No comments:

Post a Comment